Showing posts with label Rebung. Show all posts
Showing posts with label Rebung. Show all posts

20 June 2016

Tok Ayah

Riba tuamu yang memangku sikecil itu
matanya dulu memandang tepat wajahmu
bercerita itu dan ini bagai tiada hari yang bersisa
marah, tawa sama
baginya tak ada hari yang tak sempurna
itulah hiburannya
itulah kerinduannya

bukan terlupa
tapi rasanya tak mampu nak jumpa
adakah hati benar sama walau sedarah ?
siang malamnya mengalung doa
moga tangan tuamu bisa disentuhnya
moga marahmu
moga kisahmu
dapat dikongsi olehnya

itu adalah mimpi sikecil itu disiang waktu
yang telah kau ragut memorinya
yang kau buang tanpa jemu
langsung kau tak mahu ambil tahu
dan hanya dia rindu tawamu
hanya dia rindu marahmu
adakah kau juga begitu ?

tok ayah yang dirindu ----


Terima Kasih

17 June 2016

Puisi Mati

mengorak langkah ketepi
dedaun tiup dipijak tak terhenti
renyai rintik hujan turun basahkan pipi
dikalih jam tanpa henti

mulut tak habis mahu merintih
bersama kaki yang serasa letih
berdiri diatas lopak hitam putih
mohon hujan turun membersih

Hayun kaki mula perlahan
jiwa berat langsung kau tahan
sakit perit duduk atas beban
dijentik ujian
Leka mencoret awan
tak sedar dunia dikejar hanya pinjaman

puisimu mati
seiring langkah berhenti



Terima Kasih

16 June 2016

DUABELAS

Rembas
setitik demi setitik dilayan keras
makin deras
tempias
diatas bungkus berbalut kemas
yang cuma wujudkan rasa lemas

saraf mata dipaksa pejam
diam dan bungkam
membiar ia kembali tenteram
semoga terpadam semua dendam
berharap hari masih sudi dipinjam
untuk lupa kisah yang dah pernah dicampak dalam

dan inilah langkah
yang harusnya sudah lama diubah
dunia itu berbeza
takkan pernah berubah
hidup
hidup dengan setitis zarah dosa kini bergunung tingginya
penat
dengan rasa yang dibenci dia bernama manusia

moga mata sahabat dalam diam
akhirnya faham
benda yang dah lama patut dipadam
tak sesekali tangan mahu menggengam

duabelas hitung waktu
dan biar diri aku
dalam dunia aku


Terima Kasih

Ana Maryam Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign