23 February 2019

Selamat tidur dan semoga ketemu

Sekalipun aku sedar,
Demi Tuhan telah kembalinya kamu kepangkuanNya
Aku masih ingin mengucapkan terima kasih untuk waktu-waktu kebersamaan kita.
Buat dikau yang tidak kenal erti letih dan lelah
Yang selalu dan sering mengizinkan aku untuk bermanja
Untuk tiap airmata yang pernah tertumpah
Untuk segala isi hatimu yang terluah
Terima kasih dari baiknya Tuhan kerana sudi meminjamkan kekuatan melaluimu
Atuk,
Andai ada lagi hari yang Tuhan sudi pinjamkan
Aku ingin terus berada dalam dakapan yang paling nyaman milikmu
Berada dalam perhatian dan kasih sayang
Berada di dalam lingkungan hidup sebagai kesempatan terakhir
Untuk terus berkhidmat sebagai tali ibu ayahku
Aku ingin menjagamu di dalam kesukaran atau kesakitan
Tuhan begitu tahu, di mana had yang terizin buat kita
Terima kasih untuk segalanya
Hingga dari kesakitan aku mampu tersenyum semula
Terima kasih untuk tiap perhatian
dan tiap keperihatinan
Demi Tuhanku,
Kau telah jadi yang paling baik di dalam kehidupanku
Dan demi Tuhanku, segala kebaikanmu

Salam rindu yang tak pernah luntur dan selalu dalam ingatan
Selamat tidur dan semoga ketemu
Pada waktu yang diizinkan Tuhan

Hanahyar, 2019
12:32


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Ana Maryam Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign