01 June 2021

MENJELANG ULANGTAHUN KELAHIRAN

Aku tidak lagi tinggal di dalam pangkuan doa teraniaya
atas sifat kabulnya yang luar biasa di mata Tuhan
Aku mahu tinggal Tuhan, kini
dipangkuan keampunan dan pengasihnya Tuhan
Mahu juga kulihat sayap yang patah ini kembali sembuh
Dan mengharap takdir itu ditukar sepanjangnya indah
Untuk kali ini,
Untuk kali ini.
Namun siapalah saya sebagai hamba
Sedang tak terdaya saya ini menahan nafas yang dihembus lepas
Apatah lagi menahan mati yang menjengah
Tuhan,
Menjelang kelahiran dan kematian
Catatkan sekalipun sekecil zarah kebaikan
Semoga airmata saya yang jatuh adalah asbab
Dikau memadam api neraka yang luas bentangnya untuk saya.
Kasihani saya, Tuhan.
Sekali ini, mohon.

ANAABU
28.september.2019


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Ana Maryam Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign