Ini anak perempuan sulungmu
Tidak ada perkara menarik tentangnya
Terlalu memendam; terlalu bersendiri
Terlalu tidak mahu perasaan simpati
Ia menangis dibalik dedaun pintu
Tika kau terbaring lena di tempat beradu
Ia kesakitan dibalik dedaun pintu
Mengerang di dalam jeritan bisu
Ini anak perempuan sulungmu
Tidak ada perkara menarik tentang dirinya
Ia adalah akar yang selirat
di bahunya yang semakin memberat
Ia adalah mawar putih yang kering
Di dalam pasu berwarna warni
Duhai ibuku,
Pandang aku; tidurkan aku
sudahkah dipeluk resah hatimu ?
Sudahkah ku damai jiwamu ?
Kerana sebentar lagi; tidak ada lagi anak perempuan sulungmu
memorinya berlegar di dalam tidurmu
Suaranya berlagu di dalam mimpimu.
Hanahyar
Kamar putih.
No comments:
Post a Comment