17 March 2017

Monolog uncle Syuq


Salam ..
saya punya masa beberapa jam sebelum saya mnjadi halimunan sementara.
saja mahu mengomel sedikit.
Andai pelangi memberi keindahan sementara mengapa orang masih tertunggu keindahannya. Terpesona dengan jaluran warnanya.

Bila ada pelangi dipuji. bila tiada kehidupan diteruskan seadanya. Muncul mempersona tiada tertanya-tanya. Kadang-kala rindu mahu melihat pelangi selepas hujan turun.

Begitulah karya (dalam apa jua jenis karya). Bila ada, keindahannya mengasyikkan, bila tiada, tiada apa yang penting untuk diperkatakan.
Namun sedikit sebanyak ia mengimbangi jiwa didalam dada, menghiasi naluri-naluri yang terperosok dan dihenyak kesempitan jiwa.

Berkaryalah, jangan menunggu bulan jatuh keriba, kerna bulan itu sudah sedia memberi keindahannya. Berkongsilah ilmu, bak kata kakandaku, sebaik-baik manusia ialah mereka yang bermanafaat buat yang lain.

Bagaimana mahu menjadi manusia yang bermanafaat buat yang lain? Seperti pelangikah?
Walaupun berkongsi satu puisi indah untuk dinikmati, atau sebaris ayat bermotivasi. Mungkin sedikit sebanyak menceriakan dan memberi semangat kepada yang lain. Walaupun ia pasti akan dilupai setelah beberapa ketika. Bila muncul lagi ayat-ayat indah untuk dinikmati, berkembanglah jiwa-jiwa yang meronta menjadi seindah pelangi. Bagi saya ia juga satu perkara bermanafaat untuk manusia lain.

Kesedihan hanya akan membunuh dalam perlahan jiwa-jiwa yang besar. Kebangkitan dari kesedihan seperti pelangi yang terbentuk selepas hujan lebat yang membantut perjalanan. Hidup ini indah biarpun badai datang pelbagai arah. Hadapi dengan tenang. Lihatlah dari satu sisi lain dari 'hujan' yang Maha lebat.

Moga ketemu lagi sahabat :)

@SyuQ1

telegram.me/rumahbuku
telegram.me/rumahbukukita
facebook.com/rumahbukuseni


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Ana Maryam Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign