13 March 2017

Aku ikhlas untuk tak membiarkan pemergianmu

Aku ikhlas membiarkan jasadmu pergi
walau disaat zon waktu bakal terusan bertukar tanpa henti
dan perjalanan waktu kita bakal tidak selari

Aku ikhlas membiarkan keberadaan kita bakal tidak sama
walau kedengaran bakal ada rindu yang saling menyapa ; mungkin

kerana aku tahu
bahawa tiap bezanya waktu ini
tidak pernah sekalipun bisa merumitkan diriku
bahkan ia adalah pengalaman terindah
tanpa rasa terpaksa

jika waktu itu adalah makanan
kau akan terus kekal menyantapi makananmu
jika jam adalah perjalanan
kau akan terus kekal berjalan diatas tujuanmu

kau adalah yang akan selalu tersenyum dan menanti kata
sedang aku masih kekal berjeda
dan menghukum diriku tanpa noktah

sebaik sahaja kau khabarkan berita isi hatimu
aku hanyalah tetap aku ; yang penuh teka teki didalamnya

hingga kedua keadaan itu membalut rindu yang sengaja membisu
dan tercipta luka tanpa mahunya kita

mungkin bagimu adalah pahit untuk berterus terang lalu kembali sakit
namun lebih pahit bagiku untuk meluahkan ; ada apa pada jiwaku
kerana luka luka tidak bisa sembuh tanpa waktunya

aku ikhlas ; membiar rembulan berganti tanpa henti
dan menantimu tanpa mencari

21:18 || 170313



Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Ana Maryam Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign