11 November 2017

SENI

Untuk terlalu lama saya tidak memperkatakan sesuatu atau peduli tentang apa kata orang terhadap saya, baru-baru ni saya kurang senang dengan cara orang( masyarakat) berfikir soal seni, bagi mereka seni adalah sesuatu yang diminati oleh orang-orang tertentu, pengiat seni hanya kelihatan sewaktu event atau pesta-pesta yang berkaitan dengan seni atau memerlukan pengiat seni untuk turut serta.

Apa itu seni ? Dalam rangkuman yang meluas, seni adalah sesuatu dalam diri kita. Tugasan seharian kita, perbualan kita, cara kita mengorak langkah dan setiap kelakuan kita. Setiap yang berkaitannya adalah seni. Seperti mata yang melihat sesuatu, contohnya bangunan yang cantik dan unik, kita suka akannya,maka itulah seni. Kecantikan adalah seni, kekemasan adalah seni.
Seni meluas dan sentiasa ada dengan kita, cuma kadangkala kita tak sedar kehadirannya, seni memerhati, seni bercakap, seni bergaul adalah dikategorikan sebagai seni. Bukan sekadar melukis, menulis, membina atau mengukir sesuatu sahaja. Seni adalah sesuatu tentang kita. Seperti kata bunda, tiap sesuatu yang dipaparkan adalah bermaksud sesuatu contohnya fly over , kenapa harus diletakkan gambar pemain bola sepak, iklan makanan atau gambar-gambar yang tak berkaitan dengan binaan tersebut ? Bukan sekadar iklan, boleh jadi kerana tarikannya, atau warna yang kelihatan menarik perhatian, atau sesuatu yang membuat kita cenderung untuk memerhati dan baca. Itu juga adalah seni, sesuatu tarikan yang biasa-biasa namun kita mahu/ ingin lihat. Dan seperti yang saya tahu, setiap manusia itu dilahirkan dengan seni di dalam dirinya, cungkil dan cari. Jangan pernah perkatakan tentang diri anda bahawa anda bukan orang seni, sedang anda suka melihat sesuatu yang indah, gemarkan sesuatu yang luar biasa. Kita adalah seni, ciptaan Tuhan yang berseni.

Hanahyar
November 11, 2017


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Ana Maryam Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign