15 October 2017

Saya Menulis kerana apa ?


Bismillah ..

   Sejujurnya, saya masih baru dalam penulisan. Sangat baru. Bila ditanya sejak bila menulis ? Atau berapa lama dah menulis ? Saya langsung tak reti nak jawab. Saya sendiri tak pernah menyoalkan tentang ini pada diri sendiri. melihat karya orang lain dan melakar sebuah karya seperti 'mereka' sebenarnya langsung tidak menjadikan saya seorang yang selayaknya dipanggil penulis. Jika saya katakan, saya menulis kerana mahu karya saya 'dibaca' dan 'dihargai', atau mencari tempat untuk karya saya, sememangnya jawapan itu tidak memberi saya kepuasan. Saya sebenarnya masih tercari-cari untuk apa saya menulis, kerana apakah. Barangkali mata tidak cukup menjadi perakam memori lalu saya menjadikan penulisan sebagai cara saya mengingatinya atau kerana melihat rakan penulis lain yang buat 'duit' untuk setiap karya yang dihasilkan berbulan-bulan bahkan bertahun lamanya.
saya menulis bukanlah kerana minat semata, kalau saya katakan minat. Boleh saja minat saya berubah ke arah lain. Apabila saya mula melakar sesuatu, saya cuma harap satu . Saya menulis kerana saya mahu jadi apa yang saya cari, apa yang alam bentangkan seluasnya untuk saya. Saya mahu setiap penulisan dihormati termasuk indie, yang selalu dilabel 'langgar'. saya tak mahu menjadi bagus dalam penulisan, saya cuma mahu jadi lebih baik dengan menulis Kerana bagus dan baik itu mempunyai perbezaan yang teramat jauh.
oleh itu, untuk jawapan bagi saya menulis kerana apa. Hakikatnya kerana Tuhan beri saya tangan dan kelebihan ( mungkin). Kerana mungkin saya ini seorang yang mampu menulis sekalipun beberapa patah aksara.

#kelasperewa


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Ana Maryam Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign