17 June 2015

Psikologi kanak kanak bhg 2

Setiap manusia mempunyai sifat berbeza-beza dan tahap pemikiran yang tidak sama antara satu sama lain. Untuk memahaminya kita memerlukan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan psikologi manusia.

Hal ini adalah penting kerana ia berupaya memberi kefahaman tentang manusia, sifat - sifat tabi'i, tingkah laku serta jiwanya yang berbeza-beza antara satu sama lain. Memahaminya secara am adalah penting terutamanya kepada para dai'i yang berperanan untuk mengajak dan mempengaruhi manusia kearah kebaikkan dan menghindari kejahatan.

Psikologi merupakan gabungan dua perkataan Greek iaitu Psycke (psiko) yang membawa maksud jiwa, rohani atau mental dan Logos (logi) bermaksud kajian. Sebagai satu perkataan ia bermaksud kajian jiwa, mental atau rohani manusia. Oleh kearana kerohanian dan jiwa di luar dari pencapaian sains, psikologi selalunya merujuk kepada kajian tentang tingkah laku (Shaver and Tarpy, 1993: 3). Psikologi pada hari ini ditakrifkan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku dan proses mental. Dengan itu, psikologi boleh didefinisikan sebagai satu kajian yang saintifik tentang jiwa dan tingkah laku manusia untuk memahami tingkah laku mausia bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di kalangan manusia.

PSIKOLOGI KANAK-KANAK
Manusia dilahirkan dalam keadaan lemah yang memerlukan pertolongan untuk hidup. Walau dalam keadaan demikian, ia telah memiliki kemampuan bawaan yang bersifat 'laten' yang memerlukan pengembangan melalui bimbingan dan pemeliharaan yang mantap, lebih-lebih lagi pada usia kanak-kanak. Berikut adalah perkembangan yang berlaku pada kanak-kanak;

PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Menurut Jean Piaget (1869-1980) iaitu seorang pakar biologi Switzerland dan pakar Psikologi, pemikiran kanak-kanak berkembang dalam satu siri tahap yang komplaks dan setiap satunya berkait rapat antara satu sama lain. Tahap perkembangan kognitif Piaget ada empat iaitu.
•    Tahap sensori motor (0-2 tahun)
•    Tahap preoperasi (2-7 tahun)
•    Tahap operasi konkrit (7-11 tahun)   
•    Tahap operasi formal (11 tahun ke atas)
Tahap Sensori Motor. Menurut Piaget, pada tahap ini pemahaman bayi tentang dunia ini berasaskan pada gerakan spontan yang tidak dipelajari seperti menyentuh, memegang dan melihat. Dalam erti kata lain, apa yang dilihat mesti dipegangnya sebagai objek, kerana inilah cara bayi mempelajari serta mengenali alam sekitar. Pieget menekankan pada tahap ini, bayi harus dapat melihat objek untuk mengetahui akan kewujudanya.

Tahap Preoperasi. Pada tahap ini kanak-kanak mula boleh menggunakan skima yang berasaskan penggunaan bahasa dan bentuk-bentuk perwakilan simbolik yang lain serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang mudah. Bayi sudah mula menggunakan simbol, objek atau perkataan untuk mewakilkan sesuatu benda atau peristiwa. Oleh itu, bagi memahami persekitarannya, mereka sering bertanya dan menggunakan soalan- soalan yang tidak logik.

Tahap Operasi Konkrit. Tahap ini dikenali konkrit kerana kanak-kanak hanya boleh melakukan operasi-operasi pada imej dan objek-objek yang nyata sahaja dan bukan perkara-perkara abstrak seperti konsep ketuhanan, keadilan dan sebagainya. Mereka hanya boleh memahami konsep-konsep yang konkrit atau yang objektif seperti binatang, tumbuh-tumbuhan,kekotoran dan sopan santun. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958)menegaskan yang kanak-kanak di tahap ini boleh melaksanakan setengah-setengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses fikiran sendiri.

Tahap Operasi Formal. Tahap ini berlaku dari tahap remaja ke atas. Individu yang berada pada tahap ini berupaya menggunakan serta memahami logik dan konsep-konsep abstrak.

PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK
Kanak-kanak tidak boleh wujud bersendirian. Mereka memerlukan manusia untuk mengajar dan membimbing mereka kerana dengan cara inilah mereka dapat mempelajari, mengetahui, mengenali, dan memahami alam semesta ini. Dalam perkembangan sosial, faktor-faktor seperti perkembangan moral dan personaliti adalah penting. Disamping itu, faktor peratapan (attachment) dan identifikasi adalah penting.

Peratapan.

Peratapan boleh didefinisikan sebagai kemahuan bayi mendekati individu yang disignifikan seperti ibu bapa dan penjaga sewaktu dia memerlukan makanan atau keselesaan. Peratapan juga membawa erti bahawa kanak-kanak berkehendakkan supaya dijaga dan disayangi oleh sesetengah individu. Proses peratapan berlaku apabila ibu bapa dan anak berintraksi dan akan berlaku untuk jangka waktu yang panjang.
Identifikasi. Dalam lingkungan umur 2 hingga 6 tahun, kanak-kanak mengkonsepkan dirinya sebagai satu bentuk objek. Perkara ini bergantung kepada dua faktor, iaitu satu asas instinsik yang mengandungi kualiti-kualiti sifat kekal. Kedua, maksud sesuatu yang intrinsic ini tidak lagi diperolehi daripada perbandingan yang dilakukan dengan intiti lain. (Kagan, 1984, hlmn 136) kualiti sifat kekal ialah kesedaran tentang perasaan, tujuan dan sifat-ifat kepunyaan seperti bangsa, agama, keadaan fizikal, jantina dan umur.
PERKEMBANGAN AGAMA PADA KANAK-KANAK
Menurut penelitian Ernest Harms perkembangan agama kanak-kanak melalui beberapa fasa (tingkatan). Dalam bukunya The development of Religion on Children, ia mengatakan bahawa perkembangan agama pada kanak-kanak itu melalui tiga fasa iaitu:

The Fairy Tale Stage (Tingkat Dongeng). Tingkat ini dimulai pada anak yang berusia 3-6 tahun. Pada peringkat ini konsep mengenai tujuan lebih banyak dipengaruhi oleh fantasi dan emosi. Pada tingkat perkembangan ini kanak-kanak menghayati konsep ketuhanan sesuai dengan tingkap perkembangan intelektualnya yang dipengaruhi kehidupan fantasi yang meliputi dongeng -dongeng yang kurang masuk akal.

The Realistic Stage (Tingkat Kenyataan). Tingkat ini dimulai sejak kanak-kanak masuk pra sekolah hingga ke usia remaja. Pada masa ini idea ketuhanan sudah mencerminkan konsep-konsep yang berdasarkan kenyataan. Konsep ini timbul melalui lembaga-lembaga keagamaan dan pengajaran agama dari orang dewasa lain. Pada masa ini idea keagamaan kanak-kanak didasarkan atas dorongan emosional, hingga mereka dapat melahirkan konsep Tuhan yang formal.
Berdasarkan hal itu, maka pada masa ini kanak-kanak tertarik dan senang pada lembaga keagamaan yang mereka lihat. Segala amalan keagamaan mereka ikuti dan pelajari dengan penuh minat.

The individual Stage (Tingkat Individu). Pada peringkat ini kanak-kanak telah memiliki kepekaan emosi yang paling tinggi sesuai dengan perkembangan usia mereka. Konsep kegamaan yang individualistik ini terbahagi kepada tiga iaitu :
Konsep ketuhan yang konvensional dan konservatif dengan di pengaruhi sebahagian kecil fantasi yang disebabkan oleh pengaruh luar.
Konsep ketuhanan yang lebih murni yang dinyatakan dalam pandangan yang bersifat personal.
Konsep ketuhanan yang bersifat humanistic. Agam telah menjadi ( etos humanis) pada diri mereka dalam menghayati ajaran agama. Peubahan ini setiap tingkatan dipengaruhi oleh faktor perkembangan usia dan pengaruh luar.

RUJUKAN
Ab. Aziz bin Mohd. Zin (1999), Psikologi Dakwah . Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Jakim.

H. Jalaluddin (2005), Psikologi Agama.Jakarta : PT RajaGrafindo Persada.

Hairunnaja Najmuddin (2003), Memahami dan Bimbingan Remaja Nakal. Pahang : PTS publication & Distributors Sdn. Bhd.

Muhd. Mansur Abdullah, Siti Nordinar Mohd. Tamin (1988). Psikologi Remaja. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

http:// hmidps. 8m. com/mimbar 1 a.htm.

http://bahaden.tripod.com/

Jas Laile Suzana Jaafar (2002), Psikologi Kanak-kanak & Remaja. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahmood Nazar Mohamed (1992), Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd. Mansur Abdullah, Siti Nordinar Mohd. Tamin (1988). Psikologi Remaja. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Nor Raudah haji. Siren, Mohamad Zaidi Abdul Rahman (2006), Strategi Pengurusan Masjid. Kuala Lumpur : Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan dan Azha Hamzah Trading (M) Sdn. Bhd.

www.psikologi-freud-fies.blogspot.com


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Ana Maryam Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign